BAHAN-BAHANNYA
15 - 20 udang sederhana besar
1/2 biji capsicum merah, potong berbaji
1/2 biji capsicum hijau, potong berbaji
1/2 biji capsicum kuning, potong berbaji
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, dihiris
1 camca besar cili kisar
1/2 cawan cili sos
1 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos tomato*
1 camca besar kicap cair*
Garam dan gula (jika perlu)
1/3 cawan air
CARA MEMBUATNYA :
Udang dibersihkan, cuci, tos dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak.
Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga harum, masukkan semua jenis sos (*) dan gaul rata. Masukkan capsicum merah, kuning dan hijau serta air. Gaul rata.
Masukkan udang, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga pekat. Angkat dan hidangkan....
Tidak mahu
11 years ago
No comments:
Post a Comment