Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 24, 2009

DAGING REBUS BUTTER & KICAP CIKDAK

bahan-bahannya
1 kg daging fillet
1/4 cawan kicap pekat
1/4 cawan kicap cair
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang putih
1/3 ketul butter
6 cawan air

Cara-caranya
Daging dipotong kepada 2 atau 3 sahaja dan dibersihkan.
Tumbuk lada hitam dan bawang putih.
Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok.
Gaul daging dengan bahan-bahan tadi dan biarkan dalam ½ jam untuk diperap
Tambah air dan butter ke dalam periok dan rebus dengan api sederhana hingga daging empuk.
Jangan lupa balik-balikkan daging supaya mesra semua bahagian.
Keluarkan daging dan potong nipis-nipis dan susun dalam pinggan.
Jika mahu, pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
Curah kuah atas daging dan sedia untuk dimakan dengan nasi.

source: cikdak

Ayam KICAP Bakar

Bahan-bahan

* 1 ekor ayam
* Mentega untuk sapuan
* Kicap manis secukupnya
* 1 potong lengkuas, diketukkan
* 1 batang serai, diketukkan
* 3 helai daun salam
* 5 biji cabai merah, dihiris halus


Bahan untuk ditumbuk


* 2 ulas bawang putih
* 4 butir bawang merah
* 1 potong (1 cm) kunyit
* garam secukupnya



Cara-cara

1. Ayam dibersihkan dan dipotong 4 bahagian.
2. Semua bahan tumbuk digaulkan.
3. Dengan air secukupnya, rebus ayam dengan bahan tumbuk digaulkan , tadi, lengkuas, daun salam dan serai sampai masak dan bahan meresap rata.
4. Lalu bakar ayam dengan bara api yang sederhana sambil dilumur dengan cabai merah yang sudah dihaluskan, lalu disapu dengan mentega dan kicap manis. Bakar ayam sampai warnanya kecoklatan.


Untuk 3-4 orang.

source:jphpk

Thursday, July 23, 2009

Ayam Black Papper 3S

Bahan-Bahan

* bawang merah dan putih secukup rasa
* kicap
* sos tiram
* air
* 1/2 cawan tepung gandum/tepung jagung
* ayam
* black papper secukup rasa
* garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

1)mule2 tumis je bawang yg ade..sampai agak2 kekuningan.

2)masuk kicap td..letak la banyak sket..sbb nk hasil kn warne yg gelap..campu ngn sos tiram sket,klo ade la

3)pas2 letak la air...emm terpulang la pade yg nk mkn 2..klo nk wat byk,letak air byk sket..klo x..letak la 3 cawan je ke..pas2 letak ayam skali..tggu smpai mendidih..pasti kan ayam 2 masak yer..

4)then kacau la..ops,jgn lupe letak garam dan gule secukup nyer..

5)pas2 ambik tepung td cmpur ngn air sket...kacau smpai xde ketulan..pas dah sebati 2..masok la dlm campuran td..kacau lagi...sebenar nyer tepung td 2 sebagai agen pemekat..

6) kaco n ble dah nampak pekat..tambah la black papper..suke ati la byk mane pon..klo nk pedas,letak la byk sket..

7)pas2 rase la..klo sedap makne nyer jd la 2..klo x sedap..tukang msak 2 x reti masak..

source:hamba_mesir resepi iluvislam

Ayam Bersos Tiram & Cili Kerin

Bahan-bahan

½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
3 sudu besar sos tiram Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara Penyediaan

1. Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).

3. Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.

4. Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.

5. Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

Sumber : mesranet.com dan leen

dari comment yang aku baca sume kate sedap t la aku cube heheh

Udang Black Pepper

Bahan-bahan ( 4org )

• 500g udang
• 2 inci halia ( dihiris)
• 2 ulas bawang putih ( dihiris)
• 1 labu bawang besar (dihiris)
• 2 sb serbuk lada hitam
• 3 sb sos black pepper
• 5 biji cilipadi(dihiris)
• 3 tangkai daun bawang
• sedikit minyak,garam dan gula

Cara-cara


1. udang dibersihkan dan digaul dengan serbuk lada hitam dan digoreng.(sy tak buang kulit)
2. kemudian,semua bahan yg dihiris ditumis hingga naik bau.
3. masukkan udang,sos black pepper,garam dan gula.
4. akhir sekali,daun bawang dipotong panjang2 dan ditaburkan.kacau rata.
5. siap untuk dihidang.


Aku dah wat gak udang nih best tp aku x de sos black pepper aku guna serbuk je..n aku tamabh sos tiram n kicap so ada la kuah sket...tp x sesedap yg tuan punya resepi kot ...coz aku banyk bahan x cukup tp still leh makan..sodap jugak hehehe pedas

Ayam bakar mayonis

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

• 8 ketul drumstick
• 1 sudu besar mayonis
• 1 kiub ayam
• 1 sudu besar kicap manis
• 1 sudu besar sos tiram
• Lada hitam secukupnya-tumbuk
• 2 ulas bawang putih-tumbuk
• 1/2cm halia-tumbuk


Cara-cara

1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.


heheh senangkan??aku try wa guna daging tp aku goreng je..best gak..lemak...

source: alamk x ingat la dari mana btw thx kepada tuan punya resepi

Udang 3 rasa

BAHAN-BAHANNYA

15 - 20 udang sederhana besar
1/2 biji capsicum merah, potong berbaji
1/2 biji capsicum hijau, potong berbaji
1/2 biji capsicum kuning, potong berbaji
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, dihiris
1 camca besar cili kisar
1/2 cawan cili sos
1 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos tomato*
1 camca besar kicap cair*
Garam dan gula (jika perlu)
1/3 cawan air


CARA MEMBUATNYA :

Udang dibersihkan, cuci, tos dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak.
Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga harum, masukkan semua jenis sos (*) dan gaul rata. Masukkan capsicum merah, kuning dan hijau serta air. Gaul rata.
Masukkan udang, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga pekat. Angkat dan hidangkan....

Sambal Udang Marian

Bahan A

1 kg udang kertas saiz sederhana
350 ml minyak masak
sedikit belacan
garam
gula
serbuk perasa

Bahan dikisar

25 gm cili kering
4 batang serai dititik
5 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara-cara

1. Bersihkan udang dan toskan airnya

2. Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak

3. Gunakan sebahagian minyak yang telah digunakan dan tumis bahan - bahan dikisar hingga naik minyak.

4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa

5. Masukkan udang dan gaul sehingga sebati.

source:za_nadia

Wednesday, July 22, 2009

Sambal Sotong Expres

bahan-bahan

Sotong Basah - 1kg (kalau nak buat sikit amek 1/2kg)
Bawang putih - 2/3 ulas (ikut suka), dihiris
Bawang besar - 1/2 biji, dihiris
Cili boh paket (Cari jenama Puteri / Dmaz), guna suku aje
Serbuk perasa (Jenama Ajinomoto)
Saya suka pakai cili boh jenama ini sebab senang dah siap ngan asam n garam dalam cili itu, tapi kalau kurang boleh tambah sendiri ikut suka

cara-cara

Minyak dipanaskan (make sure cukup utk menggaringkan cili boh, kalau tak garing tak sedap)
Masuk Bawang Putih
Masuk Bawang Besar
Tumis cili (api jangan besar nanti hangus, tapi biar garing cili tu tumis sampai naik bau)
Masuk Sotong (Akan keluar air), tambah air sikit ajer..kalau nak sambal basah2

source: pink shiba_sakura

Sotong Percik Ramadhan

Bahan-bahan ( 6 orang )

• 8 ekor sotong yang besar
• 10 biji cili kering (**)
• 5 biji cili padi (**)
• 5 biji cili merah (**)
• 1 labu bawang besar (**)
• 2" halia (**)
• 2" lengkuas (**)
• 2 batang serai (**)
• 1 helai daun kunyit - dihiris halus
• 4 helai daun limau purut - dihiris halus
• 1 batang serai - dititik
• 1 sudu besar air asam
• Garam dan perasa secukupnya


cara-cara

1. Bersihkan sotong dan potong seperti dalam gambar.
2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
5. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Yang ni aku nk cube bulan pose nih heheh

Udang supreme

Bahan-bahan ( satu family )

• 1/2 kg udang - dibuang kulit dan tinggalkan kulit ekor shj dan di buang urat belakang udang
• 3 batang lada merah - di cincang
• 3 batang lada hijau - di cincang
• 1 biji bawang besar - di cincang
• 1 inci halia - di cincang
• 4 sudu makan sos tiram
• 2 sudu besar kicap manis
• 2 sudu besar kicap cair
• garam secukup rasa
• minyak untuk menumis

Cara-cara

1. panaskan minyak dan goreng udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu selama 5 minit setelah itu angkat dan toskan
2. tumis bahan2 cincang seperti lada hijau, merah bawang besar halia sehingga garing
3. masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair kacau sebentar dan masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau rata
4. perasakan dengan garam secukup rasa dan sedia untuk di hidang

Udang Butter

Bahan-bahan ( 1 family... )

• 400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
• 5 sudu besar butter
• 3 biji telur kuning-dipukul sedikit (jun guna 3 kuning dan 1 telur putih)
• 4 cili api-dipotong2
• 2 tangkai daun kari
• 1/4 cawan susu cair
• 2 ulas bawang putih-dicincang
• pepper, gula n garam

Cara-cara

1. Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. kacau.
3. Masukkan telur, kacau selalu. (boleh juga titikkan guna hujung garfu bg mendapatkan tekstur telur yg halus mcm kat restoren tu)
4. Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu.
5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.

Udang Mentega Nestum

Bahan-bahan ( 7 orang )

• 1kg udang basah (saiz sederhana besar)
• 3 ulas bawang putih
• 10 tangkai cili padi
• 2 tangkai daun kari
• 1/2 cawan susu cair
• 4 sudu besar mentega
• 2 sudu besar tepung beras
• 1/2 cawan nestum
• Garam dan serbuk lada sulah
• Minyak untuk menggoreng
• 3 biji telur

Cara-cara

1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.
4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum. Sedia untuk dihidang...

Udang sambal lemak

Bahan-bahan ( satu family )

• 1/2 kg udang (besar.. sederhana besar pun boleh)
• 2 cawan santan
• 11/2 sudip cili giling
• 2 ulas bawang putih
• 5 ulas bawang merah
• secubit belacan
• sekeping asam keping
• garam dan gula
• minyak masak untuk menumis

Cara-cara
1. Blendkan bawang merah, bawang putih dan belacan.
2. Panaskan kuali kemudian masukkan minyak. Bila minyak tu dah panas, masukkan bahan2 yg di blend tadi. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis sehingga cili tu masak.
3. Bila semua bahan2 tu dah masak, masukkan santan, udang, asam keping, garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih sehingga pecah minyak. Dah pun masak.

source: putra_yanty

Sotong Goreng Tom Yam

BAHAN-BAHAN

• 300gm / 5-6 ekor sotong sederhana besar
• 1 labu bawang besar - mayang
• 1 inci halia - mayang
• 5 biji bawang putih - mayang
• 3 batang serai - ketuk
• daun limau purut
• cili api
• sos tiram
• kunyit & garam
• minyak masak

CARA-CARA

1. Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
2. Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
3. Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi. masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kacau lagi. Apabila kelihatan agak masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
4. Kadang2 saya masukkan sayuran seperti tomato & carrot dlm masakan ini. Dan guna daun bawang utk hiasan. Terpulang pada citarasa masing2.


Source:ekhfa

Udang Masak Sos Prego

BAHAN-BAHAN

• 700gm udang
• 3 ulas bawang putih
• 4 ulas bawang kecil
• 1 inci halia
• 1/2 ulas bawang besar
• 2 biji cili merah
• 2 biji cili hijau
• 1/2 batang lobak merah
• 1 cawan sos Prego
• 1/2 cawan air
• 1/2 sudu kecil garam
• 1/2 sudu makan gula
• Daun bawang
• Sedikit perasa

CARA-CARA

1. Tumbuk bawang putih, bawang kecil dan halia
2. Hiris cili merah, cili hijau, bawang besar dan lobak merah.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang kecil dan halia
yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan.
4. Kemudian masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar. Tumis sehingga
naik bau barulah masukkan lobak merah.
5. Setelah itu masukkan udang dan gaulkan sehingga masak.
6. Kemudian masukkan sos Prego, air, garam, gula dan sedikit perasa. Masak
sehingga sedikit pekat.
7. Akhir sekali masukkan taburkan daun bawang. Setelah siap, bolehlah dihidang.

source :Myrecipe:Nziela